Details

Model Mayhem #:
2979831
Last Activity:
Aug 28, 2014
Experience:
n/a
Compensation:
n/a
Joined:
Mar 20, 2013

About Me

Salam buat anda. Fared Photographer telah diasaskan pada tahun 2010. Menyediakan servis fotografi, membina laman web & blog bagi organisasi kecil dan juga merekabentuk logo. Kami masih baru lagi & sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk hasil kerja kami dan kepuasan klien.
Kami cuba memberikan harga yang termurah di samping mementingkan kualiti dan kepuasan hati klien diutamakan. Kenapa murah? Persoalannya kerana kami hanya menjalankan perkhidmatan ini secara separuh masa, hakikatnya keuntungan tidaklah seberapa berbanding yang lain. Kami mempunyai gaji tetap & apa yang dijalankan ini hanyalah untuk memenuhi kepuasan & menggunakan bakat yang ada sebaiknya.
Kenapa custom album? Ya,custom album kerana ianya tahan lama berbanding album biasa/sticky yang biasa ditawarkan. Lagipun kami tahu sebagai pengguna, inginkan perkahwinan mereka diabadikan di dalam album yang tahan lama & cantik. Kami juga pernah seperti anda suatu ketika dahulu ingin abadikan ianya ke dalam custom album, tapi tidak tercapai kerana saat itu ia agak mahal (masih belum sempat buat untuk diri sendiri, sibuk menyiapkan klien punya dahulu).
Oleh yang demikian, berikan kami masa untuk menghasilkan yang terbaik untuk klien kami, dengan harapan pihak klien dapat bersabar untuk mendapatkan hasil kerja kami yang biasa siap untuk CUSTOM ALBUM, WEB & BLOG dalam jangkauan 4-5 minggu, manakala bagi rekabentuk LOGO paling lewat adalah 1 minggu.
Mencari ilham dalam menghasilkan idea yang kreatif+inovatif memang sukar dan tidak semudah yang disangkakan apatah lagi ingin memberikan sesuatu yang menarik dan menambat hati klien. Banyak masa terkorban apatah lagi waktu tidur. Begitu juga dedikasikan untuk isteri tercinta dan anak-anak yang cukup memahami biarpun banyak masa korbankan berdepan dengan komputer, ini semua demi keluarga tercinta.

Verified Credits (0)

Worked with Fared? Share your experience and become verified!
Add Credits